|
Simpulan Bahasa bermula dari huruf 'A' 1. Abang Angkat Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah. 2. Abang Ipar Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar. 3. Abang Kandung Maksud: Abang yang seibu sebapa. Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia. 4. Abu Angin Maksud: Telah musnah sama sekali. ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar. 5. Abu Jahal Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan. 6. Abu Lahab Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. 7. Abu Nawas Maksud: Orang yang suka berhelah. Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu. 8. Ada Akal Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya. 9. Ada Angin Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu. Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah. 10. Ada Bakat Maksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya. Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel. 11. Ada Can Maksud: Ada peluang. Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair. 12. Ada Gaya Maksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya. Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan. 13. Ada Hati Maksud: Keinginan. Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti. 14. Ada Jalan Maksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank. 15. Ada-Ada Maksud: Ada sesuatu. Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar. 16. Adat Balai Maksud: Adat dalam istana raja. Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai. 17. Adik Angkat Maksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah. Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara. 18. Adik Ipar Maksud: Adik kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor. 19. Adik Kandung Maksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa. Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu. 20. Adu Buku = Beradu Buku Maksud: Bertinju. Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid. 21. Adu Domba = Mengadu Domba Maksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang. 22. Adu Kening = Beradu Kening Maksud: Berhadap-hadapan muka. Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual. 23. Adu Lengan = Beradu Lengan Maksud: Beradu kekuatan. Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu. 24. Adu Nasib = Mengadu Nasib Maksud: Mencari rezeki. Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan. 25. Adu Untung Maksud: Mencari rezeki. 26. Air Mandi Maksud: Sudah menjadi kebiasaan. Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari. 27. Air Muka Maksud: a) Wajah b) Maruah Contoh Ayat: a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang. b) "Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai," kata Imad kepada Husin. 28. Air Pasang Maksud: Paras air laut yang meningkat. Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air. 29. Air Sembilan Maksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat. Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital. 30. Air Setaman Maksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi. Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman. 31. Air Surut Maksud: Paras air laut yang turun. Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut. 32. Ajak-Ajak ayam Maksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh. Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam. 33. Akal Belut Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat. Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah. 34. Akal Kancil Maksud: Orang yang pandai tipu muslihat. 35. Akal Sejengkal Maksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain. Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain. 36. Alas Cakap Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan. Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan. 37. Alas Kata Maksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan. 38. Alas Perut Maksud: Makan sedikit. Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah. 39. Alih Akal = Beralih Akal Maksud: Berubah pendapat atau fikiran. Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak. 40. Alih Angin = Beralih Angin Maksud: Berpindah tempat tinggal. Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih. 41. Alih Muka = Beralih Muka Maksud: Menyamar. Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali. 42. Alim Kucing Maksud: Pura-pura baik. Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya. 43. Aliran Masa Maksud: Perubahan masa. Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini. 44. Aliran Masyarakat Maksud: Kehendak masyarakat. Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit. 45. Ambil Abu Maksud: Maksud yang tidak kesampaian. Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja. 46. Ambil Ada Maksud: Berpuas hati dengan apa yang ada. Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya. 47. Ambil Angin Maksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih. Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang. 48. Ambil Bahagian Maksud: Menyertai. Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah. 49. Ambil Berat Maksud: Beri perhatian. Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami. 50. Ambil Haluan = Mengambil Haluan Maksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan. 51. Ambil Hati Maksud: Berasa tersinggung. Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk kebaikan. 52. Ambil Ibarat Maksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan. Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas. 53. Ambil Ingatan Maksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian. Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi. 54. Ambil Muka = Mengambil Muka Maksud: Membuat sesuatu supaya disukai. Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai. 55. Ambil Sumpah = Mengambil Sumpah Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah. Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu. 56. Ambil Tahu = Mengambil Tahu Maksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara. Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya. 57. Anak Adam Maksud: Umat manusia. Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil. 58. Anak Air Maksud: Sungai kecil. Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman. 59. Anak Angkat Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri. Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi. 60. Anak Baju Maksud: Baju dalam. Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju. 61. Anak Buah Maksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita. Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah. Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi. 62. Anak bukit Maksud: Bukit kecil. Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu. 63. Anak Didik Maksud: Orang di bawah jagaan kita. Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya. 64. Anak Emas Maksud: Orang yang sangat disayangi. Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya. 65. Anak Gahara Maksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan. Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah. 66. Anak Haram Maksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama. Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim. 67. Anak Jantan Maksud: Lelaki yang berani. Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya. 68. Anak Kandung Maksud: Anak sendiri. Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya. 69. Anak Kapal Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal. Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah. 70. Anak Negeri Maksud: Penduduk di sesebuah negeri. Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa. 71. Anak Perahu Maksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal. 72. Anak Piatu Maksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu. Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti. 73. Anak Pungut Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri. 74. Anak Tunggal Maksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain. Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya. 75. Anak Tut Maksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri. 76. Angkat Alis = Mengangkat Alis Maksud: Kehairanan. Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang dimenanginya. 77. Angkat Bahu Maksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab. Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang mati itu. 78. Angkat Diri Maksud: Sombong. Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid. 79. Angkat Kaki Maksud: Pergi meninggalkan. Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya. 80. Angkat Kening Maksud: Kehairanan. 81. Angkat Mata Maksud: Menentang sesuatu tindakan. Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya. 82. Angkat Muka Maksud: Dimanja-manjakan. Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka. 83. Angkat Nama Maksud: Terkenal. Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian. 84.Angkat Senjata Maksud: Berperang. Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang musuh. 85. Angkat Suara Maksud: Meninggikan suara. Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan mereka. 86. Angkat Sumpah Maksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah. 87. Anjing Hitam Maksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya. Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut masyarakat pelombong di situ. 88. Anjing Kurap Maksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya. Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari. 89. Api Peperangan Maksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan. Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api peperangan. 90. Api Percintaan Maksud: Perasaan cinta yang meluap-luap. Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid. 91. Arang Di Dahi Maksud: Mendapat malu. Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah. 92. Arang Di Kening Maksud: Mendapat malu. 93. Maksud: Arang di muka Mendapat malu. 94. Asam Garam Maksud: Pengalaman. Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah. 95. Atas Angin Maksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah. Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin. 96. Atas Nama Maksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan. Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak. 97. Atas Pagar: Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak. Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati kedua-dua pasukan itu. 98. Ayam Jalak: Maksud: Orang yang berani. Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut. 99. Ayam Tambatan: Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan). Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.
Sumber
diperolehi dari seribahasa
|
Wednesday, 28 September 2011
Simpulan Bahasa Huruf A
Labels:
SIMPULAN BAHASA
Pengenalan Simpulan Bahasa
|
Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang
paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua patah perkataan.
|
||||||||||||
|
Simpulan bahasa membawa maksud yang berlainan
daripada maksud perkataan yang membentuknya.
|
||||||||||||
|
Penggunaan simpulan bahasa yang tepat amat
digalakkan terutamanya dalam penulisan.
|
||||||||||||
|
Hal ini demikian kerana sesuatu hasil penulisan
yang memuatkan simpulan bahasa akan menjadi lebih menarik dan indah gaya
bahasanya.
|
||||||||||||
|
Simpulan bahasa dapat
digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri, sikap atau tabiat seseorang.
Contoh :
|
Labels:
SIMPULAN BAHASA
Tuesday, 27 September 2011
BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
14.1 Meneroka dan mengklasifikasi cakera padat
14.2 MEMILIH CAKERA PADAT PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Langkah –langkah yang perlu diambil ialah seperti berikut:
MENGGUNAKAN CAKERA PADAT DALAM AKTIVITI PENGAJARAN
CONTOH APLIKASI
· CD-ROM ini member kemudahan kepada pelajar dan guru dalam mengenali sajak khususnya pada sajak “Khatulistiwa”
2. BENGKEL CAKERA PADAT PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.
CD dan DVD ialah salah satu jenis storan optik yang juga dikenali sebagai cakera padat. Tidak seperti cakera keras yang menyimpan data secara magnetik, cakera padat menyimpan data secara optik. Di dalam sistem optik, data akan diukir ke dalam trek cakera dalam bentuk lubang halus (lihat rajah 1). Sinaran laser akan digunakan untuk membaca (read) lubang-lubang tersebut sebagai maklumat, di mana data digital 1 dan 0, kemudiannya akan diterjemahkan ke dalam bentuk fail, audio, atau video untuk kegunaan komputer.
Bagaimana cakera padat menyimpan data?
Data ditulis dengan mencipta lubang dan darat pada permukaan cakera. Lubang yang dimaksudkan adalah dalam bentuk tekanan pada permukaan, manakala darat ialah bahagian yang paling tinggi pada permukaan. Peralihan antara darat dengan lubang, atau lubang dengan darat akan mewakili dengan binari 1. Pembacaan data adalah berdasarkan kepada ketentuan masa - bergantung kepada kelajuan cakera berputar dan tindakbalas cahaya.
Jika tidak terdapat apa-apa data pada cakera, dgn membalikkan cahaya tidak akan berlaku apa-apa perubahan dan cakera akan membacanya sebagai binari 0. Dianggarkan terdapat lebih kurang 4 ke 5 million lubang pada satu cakera. Lubang-lubang ini disusun dalam satu trek bulat yang dianggarkan lebih kurang 3.75 batu (6 kilometer) panjang manakala jarak antara setiap elemen pula dianggarkan 1.6 ribu mm panjang.
Perbezaan CD dan DVD
Perbezaan ketara antara CD dan DVD ialah dari segi kapasiti storan. DVD dapat menampung kapasiti lebih tinggi berbanding CD kerana DVD memiliki lubang-lubang dan trek yang begitu rapat antara satu sama lain, membolehkan ia menyimpan sejumlah besar data berbanding format CD biasa. CD biasa hanya boleh menyimpan antara 650MB ke 700MB data, manakala DVD boleh menyimpan antara 4.7GB sehingga 17 GB, bergantung kepada jenis format.
Sepertimana cakera keras, cakera padat juga perlu diformat terlebih dahulu sebelum dapat menerima apa-apa data.
Format CD
Terdapat banyak format untuk CD antaranya ialah CD-ROM, CD-R dan CD-RW. CD-ROM hanya mengandungi data yang boleh dibaca sahaja oleh pemain CD-ROM. CD-R pula membenarkan anda untuk merakam hanya sekali sahaja. Ini bermakna anda boleh merakamkan audio, video atau data untuk sekali rakam dan boleh dimainkan menggunakan pemain CD-ROM. CD-RW pula membolehkan anda merakam dan menulis data berulang kali pada cakera yang sama. Dengan menggunakan perisian istimewa, anda juga boleh memadam data CD-RW seperti mana memadam data di dalam cakera keras.
Format DVD
Format DVD agak keliru jika dibandingkan dengan format CD. Ini disebabkan pengeluar-pengeluar utama DVD sedang bersaing antara satu sama lain untuk mencipta satu "piawai" format rakaman.
Format DVD | Ciri-ciri |
DVD-R | DVD-recordable, untuk sekali rakam; digunakan untuk merakam video; dimainkan pada pemain DVD. |
DVD+R | Sama seperti DVD-R, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal. |
DVD-RAM | DVD-random access memory, boleh membaca dan menulis data secara rawak. |
DVD-RW | DVD-rewritable, sama seperti DVD-RAM tetapi dengan membaca dan menulis data secara urutan. |
DVD+RW | Sama seperti DVD-RW, tetapi mempunyai beberapa ciri-ciri teknikal. |
DVD-R/W | Sama seperti DVD-RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah). |
DVD+R/W | Sama seperti DVD+RW, tetapi mampu untuk merakam kedua-dua belah permukaan cakera (atas dan bawah) |
Cakera Optik
Cakera padat seperti cakera padat (VCD) atau audio (CD-DA) adalah contoh cakera optik. Cakera optik mampu menyimpan data yang sangat banyak, iaitu melebihi 6000 Megabait (melebihi 6 Gigabait). Kesemua jilid ensiklopedia sekarang sudahpun dimuatkan dalam satu cakera padat sahaja. Maklumat disimpan dalam cakera optik dan dicapai daripadanya menggunakan cahaya laser dan bukan lagi menggunakan bahan magnet seperti dalam media magnet (cakera keras, cakera liut).
Terdapat tiga jenis cakera optik asas iaitu cakera padat ingatan baca sahaja. (CD-ROM), WORM (cakera padat jenis write once, read many). dan cakera optik boleh padam. Setiap jenis cakera optik tersebut memerlukan pemacunya sendiri.
CD-ROM adalah kategori cakera padat bersaiz 120mm dengan muatan yang pelbagai (daripada 650MB) hingga ke beberapa Gigabait), CD foto, dan CD-I adalah beberapa contoh cakera optik yang tergolong dalam jenis CD-ROM.
Cakera optik jenis WORM pula membenarkan pengguna merakam maklumat pada, tetapi hanya sekali rakam sahaja. Setelah itu, cakera optik WORK bertindak seperti CD-ROM. Rakaman ke cakera optik WORM memerlukan pemacu cakera WORM yang lebih dikenali dengan nama perakam cakera pada (CD-writer). Cakera padat boleh rakam (CD-R) adalah contoh cakera optik WORM.
Cakera optik boleh padam berfungsi sebagaimana cakera keras atau liut. Hanya, dengan teknologi yang ada pada hari ini, tempoh rakaman dan capaian pada cakera keras optik boleh padam adalah lebih lama berbanding cakera keras. Cakera optik jenis ini menggunakan teknologi laser bersama-sama dengan teknologi magnet untuk merakam dan menghapus data. Cakera ini selalunya digunakan sebagai sandaran (backup) kepada cakera keras, kerana ia lebih stabil dan tidak berlakucrash. Contoh cakera optik jenis ini adalah cakera optik magneto (magneto optical Disk) dan cakera padat boleh baca/tulis (CD-RW).
Semasa proses merakam (tulis) data pada cakera optik, pancaran laser berkuasa tinggi digunakan. Suhu daripada cahaya tersebut meleburkan permukaan cakera optik dan menghasilkan lubang-lubang dalam susunan yang khas dipermukaannya. Semasa proses mencapai (baca) data pula, pancaran cahaya laser berkuasa rendah dikenakan pula pada permukaannya, bahagian yang berlubang tidak membalikkan pancaran akan diterima sebagai nilai 0. Bahagian yang membalikkan cahaya pula akan diterima sebagai nilai 1.
Ciri-ciri Perisian Kursus Multimedia Dalam Pendidikan
- Penggunaan perisian bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bukanlah satu perkara yang terlalu asing di Malaysia.
- Namun begitu pembangunan perisian pendidikan bermutu di negara ini masih lagi berada di tahap yang rendah berbanding dengan perkembangan pesat teknologi perkakasannya serta permintaan terhadap perisian itu sendiri yang semakin meningkat. Bagi meningkatkan mutu perisian pendidikan beberapa ciri perlu diterapkan dalam pembangunan perisian seperti :
a) Memenuhi Keperluan Pengguna
- Sebelum sesuatu perisian dibangunkan perekabentuk mestilah mempastikan keperluan pengguna. Kajian perlu dibuat sebelum perisian yang dirancang itu dibangunkan.
- Dalam bidang pendidikan sesuatu perisian itu mestilah berunsurkan pembelajaran interaktif. Ia perlu dapat menarik minat pengguna dalam menyampaikan mesej.
b) Interaktif
- Perisian multimedia mestilah berorientasikan interaktif. Pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam situasi dua hala.
- Ia perlu mempunyai unsur simulasi interaktif dengan penggunaan pelbagai media penyampaian agar pelajar dapat berfikir secara kritis dalam mencari maklumat.
c) Sumber maklumat atau data
- Perisian multimedia perlu mengandungi sumber maklumat yang bersesuaian dengan kehendak pelajar. Pelajar boleh meneroka perisian-perisian secara interaktif untuk mencari maklumat yang diperlukan.
- Contoh yang paling sesuai untuk menggambarkan perisian multimedia ialah perisian ensaiklopedia.
d) Menghibur dan berinformasi
Tahap ingatan manusia adalah sangat rendah jika interaksi berlaku sehala sama ada hanya mendengar atau melihat tetapi daya ingatan akan bertambah jika adanya interaksi dua hala. Oleh itu sesuatu perisian multimedia yang hendak dibina hendaklah menyalurkan maklumat dalam bentuk yang menghiburkan agar tumpuan pelajar dimaksimumkan. Selain dari itu perisian multimedia juga hendaklah mencabar minda pelajar agar maklumat yang hendak disampaikan tidak terlalu mudah dan membosankan.
e) Melibatkan Penggunaan Pelbagai Deria Pengguna
- Setiap perisian yang hendak dibangunkan hendaklah menggabungkan beberapa perkara seperti audio, visual, animasi dan grafik agar penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan melibatkan pelbagai deria pengguna.
- Penyampaian maklumat melalui teks adalah kurang berkesan jika dibandingkan dengan teks dan grafik
Labels:
Tajuk 14
MENGGUNAKAN ALAT PENGARANAGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
PERSPEKTIF ALAT PENGARANGAN
CARA-CARA MENGGUNAKAN ALAT PENGARANGAN DALAM MENCAPAI KEMAHIRAN BAHASA(*dengan menggunakan Power Point)
12.2 Aplikasi penyuntingan bahan bahasa melayu dengan menggunakan alat pengarangan
ΓΌ Contoh karangan dipilih dan disunting ke dalam bentuk nota isi-isi penting menggunakan Power Point
2. MENGGUNAKAN ALAT PENGARANAGAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
Pengenalan
Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan atau (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.Selain itu juga alat pengarang ini merupakan satu alat yang digunakan untuk mengarang atau menghasilkan sesuatu karangan.Menghantar Emel
- 1) Buka akaun emel anda seperti yahoo atau gmail
- 2) Isikan ‘nama pengguna’ dan ‘kata laluan’
- 3) Kemudian tekan ‘daftar masuk’
- 4) Kemudian akan keluar paparan seperti di bawah:
- 5) Untuk menghantar emel, klik pada karang mel.
- 6) Kemudian isikan “penerima’, ‘subjek’, ‘teks’ dan lampirkan gambar jika perlu di ruang ‘lampirkan fail’.
- 7) Langkah terakhir ialah klik pada butang “Hantar”
- 8) Emel sudah siap dihantar.
Blog
Blog merupakan singkatan dari "web log" adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan (yang dimuat sebagai posting) pada sebuah halaman web umum. Tulisan-tulisan ini seringkali dimuat dalam urut terbalik (isi terbaru dahulu baru kemudian diikuti isi yang lebih lama), meskipun tidak selamanya demikian. Laman web seperti ini biasanya dapat dilayari oleh semua pengguna internet sesuai dengan topik dan tujuan dari si pengguna blog tersebut.
Sejarah Blog
Media blog pertama kali dipopularkan oleh ‘Blogger.com,’ yang dimiliki oleh PyraLabsebelum akhirnya PyraLab diambil oleh Google.Com pada akhir tahun 2002 yang lalu. Semenjak itu, banyak terdapat aplikasi-aplikasi yang bersifat sumber terbuka yang dikhususkan kepada perkembangan para penulis blog tersebut.
Blog mempunyai fungsi yang sangat fleksibal seperti catatan harian, media politik, berita semasa sehinggalah program-program media, syarikat-srarikat dan sebagainya. Sebahagian blog ditulis oleh seorang penulis tunggal, sementara sebahagian lainnya oleh beberapa penulis. Banyak juga blog yang memiliki kemudahan interaksi dengan para pengunjungnya, seperti menggunakan buku tamu dan kotak komentar yang dapat membenarkan para pengunjungnya meninggalkan komen atau isi dari tulisan yang ditulis, namun demikian ada juga yang yang sebaliknya atau yang bersifat tidak beleh berinteraksi (non-interaktif)
Aplikasi Penyuntingan bahan bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
Bahan bahasa Melayu yang didapati daripada internet boleh disunting. Bahan ini boleh mengikuti langkah-langkah penyuntingan bahan. Antara langkah-langkah tersebut ialah:
(i) Mengumpul bahan dari internet
(ii) Memasukkan maklumat dalam alat pengarangan
(iii) Memulakan semakan
(iv) Memadam maklumat tidak berkaitan
(v) Simpan maklumat atas talian
Labels:
Tajuk 12
Subscribe to:
Posts (Atom)








