create your own banner at mybannermaker.com!

Tuesday, 27 September 2011

APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET


  1. MEMUAT TURUN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
  2. MEMINDAHKAN GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET DALAM BENTUK BROSUR DAN POWER POINT
KONSEP ETIKA
Etika komputer
  • Etika computer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan computer yang bertul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketetpatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah satu isu atau dilemma yang membabitkan etika.
  • Penggunaan komputerdalam era maklumat.
Masalah moral dan etika
  • Penggertak
  • Penyalah-gunaan internet
  • Virus
  • Hak cipta
  • Perisian cetak rompak
Penggertak (Cracker)
  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapimenggunakan perisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan
Penyalahgunaan internet
  • Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.
Virus
  • Sebarkan virus yang akan merosakkan sistem, data, perisian, dan melumpuhkan rangkaian komputer.
Hak cipta terpelihara
  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.
Perisian cetak rompak
  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.
PRINSIP ETIKA KOMPUTER
  • Keseimbangan
  • Keizinan temaklum
  • Keadilan
  • Meminimumkan risiko
a. Keseimbangan
  • Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat
  • Mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.
b. Keizinan termaklum
  • Mesti faham dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila mereka telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul.
c. Keadilan
  • Manfaat dan keburukan teknologi maklumat mesti diagih secara adil. Mereka yang menerima kebaikan patut menanggung sama risiko dan mereka yang tidak menerima kebaikan tidak patut menanggung risiko yang lebih.
  • Risiko yang diterima haruslah adil untuk kedua belah pihak.
d. Meminimumkan risiko
  • Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima daripada teknologi maklumat adalah lebih daripada risikonya.

PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT:
  1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
  2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
  3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
  4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
  5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
  6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
  7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
  8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
  9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
  10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.
CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
  • Brosur ialah untuk sebagai media promosi.
  • Dimana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu.
  • Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.
CARA MEMBUAT BROSUR
  • Buka Microsoft Publisher 2007
  • Setelah ‘application’ sudah dibuka, ‘screen’ akan memaparkan gambar seperti berikut,
  • Langkah seterusnya, pilih design yang anda minat (mengikut kesesuaian brosur).
  • Contoh design yang saya pilih ialah ‘Tilt’
  • Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. Setelah itu letakkan pula logo atau gambar yang anda perlukan.
a. Contoh gambar ialah Logo IPSAH

  1. Setelah itu masukkan contoh butiran seperti:
  • Tajuk program/perkara dan lain-lain.
  • Nama penaja/penulis dan lain-lain.
  • Tarikh dan hari akan diadakan.
  • Aktiviti yang akan dijalankan
  • Matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan

Proses seterusnya ialah proses untuk mencantikkan brosur anda. Ini bertujuan untuk menarik minat orang ramai untuk membaca brosur anda.

No comments:

Post a Comment