penangan
|
1 pukulan dgn tangan. 2 ki akibat
atau kesan drpd sesuatu perbuatan: Biar dirasa ~nya disebabkan sifat degilnya
itu.
|
Kamus Pelajar Edisi Kedua
|
penangan
|
pukulan dgn tangan: sekarang suruh
dia tampil ke muka, dan biar dia merasa ~ dr tanganku sendiri.
|
Kamus Dewan Edisi Empat
|
tempeleng
|
(tempéléng) pukulan dgn telapak
tangan pd muka atau pelipis (telinga), tampar: tiap-tiap hari ada-ada sahaja penangan utk Ani, ~, cubitan, dll; menempeleng menampar
pd muka atau telinga: raja muda tersebut telah menjadi ganas lalu ~ muka Wan
Intan beberapa kali;tempelengan Jk pelipis.
|
Kamus Dewan Edisi Empat
|
tangan
|
1 bahagian anggota tubuh dr siku
sampai ke hujung jari; bahagian anggota tubuh dr pergelangan tangan sampai ke
hujung jari. 2 ki sesuatu yg rupanya spt tangan 1 atau yg digunakan spt
tangan 1: ~ baju bahagian baju yg menutupi tangan; lengan baju; ~ kemudi
tangkai atau pemegang kemudi. 3 ki kuasa; pemerintahan: Pihak Inggeris
berusaha merebut Melaka drpd ~ Belanda. ~ kanan a. tangan yg di sebelah
kanan. b. pembantu (penolong) yg utama. ~ kosong tidak membawa atau tidak
mendapat apa-apa. ~ terbuka a. suka menolong orang yg mendapat kesusahan. b.
= dgn ~ terbuka dgn suka hati menerima sesuatu. tangan-tangan 1 tempat
berpegang pd tangga dll. 2 palang pd neraca dll. menangani 1 membuat atau
mengusahakan sesuatu. 2 memukul orang dgn tangan. penanganan perbuatan atau
perihal menangani: ~ projek itu dilakukan dgn cermat dan hati-hati. penangan 1 pukulan dgn tangan. 2 ki akibat atau kesan
drpd sesuatu perbuatan: Biar dirasa ~nya disebabkan sifat degilnya itu.
|
Kamus Pelajar Edisi Kedua
|
tangan
|
1. anggota tubuh dr kepala bahu
sampai ke hujung jari, anggota tubuh dr pergelangan tangan sampai ke hujung
jari: perahu sudah di air, pengayuh sudah di ~; 2. ki sesuatu yg menyerupai
tangan atau yg digunakan spt tangan; 3. ki kuasa, pegangan, pengaruh,
perintah: semua harta di ~ kita; kuasa memerintah negeri terletak dlm ~ rakyat;
~ baju bahagian baju yg membalut tangan, lengan baju; ~ besi pemerintahan yg
keras; ~ dingin selalu menjadi perbuatannya (spt menanam pokok, mengubat
penyakit, dll); ~ jahat orang yg berbuat jahat (mencuri dll); ~ kanan a)
tangan sebelah kanan; b) pembantu yg terutama; ~ kosong = berhampa ~ tidak
mendapat (membawa) apa-apa; ~ naik selalu menang dlm perjudian; ~ panas
segala perbuatannya selalu gagal, sial; ~ terbuka a) suka menolong orang yg
dlm kesusahan, murah hati; b) = dgn ~ terbuka (dgn) ikhlas atau suka hati
(menerima sesuatu dll); ~ turun selalu mendapat kerugian (dlm perjudian),
tidak beruntung; dr ~ ke ~ dr seorang ke seorang; ~ bagai lipas kudung prb
perihal orang yg tangannya tidak mahu diam (spt kanak-kanak); ~ kanan jangan
percaya ~ kiri = luka ~ kanan oleh ~ kiri prb jangan terlalu percaya pd
sahabat kerana kerap kali sahabat juga yg mencelakakan kita; ~ mencencang
(memetik) bahu memikul prb kesalahan yg kita buat itu kita sendirilah yg
menanggungnya; ~ penat memerah, pasu mendapat santannya prb orang lain yg
bersusah payah, orang lain pula yg mendapat nikmatnya; ~ yg celaka, kerja
jatuh prb beroleh kerugian kerana perbuatan ahli keluarga yg tidak senonoh;
dlm genggaman ~ orang prb di bawah kuasa orang lain; digenggamnya ~nya prb perihal
orang kikir yg tidak sedikit pun sudi menolong orang yg sengsara; makan ~ prb
mendapat rezeki lebih drpd yg diharap-harapkan; tangan-tangan 1. kelek-kelek
(kerusi); 2. selusur pd tangga; 3. tempat berpegang (pd basikal); 4. palang
pd neraca dll; tangan-menangan dr tangan ke tangan, bukan dr asalnya;
menangani 1. mengerjakan (sendiri), membuat sendiri, mengusahakan: pekerjaan
yg berat-berat pun ditanganinya; masih belum ada sesiapa pun antara kita yg ~
bidang ini secara bersungguh-sungguh; 2. = menangankan memukuli (dgn
tangan) supaya jera, mengajar: kalau tidak mengenangkan ketololan
adiknya, tadi lagi sudah ditanganinya; suruh dia datang sekarang
juga, kalau tidak akan aku tangankan; tanganan 1. tangan-tangan; 2. hasil
drpd pekerjaan, buatan; penanganan perihal (perbuatan, cara) menangani; penangan pukulan dgn tangan: sekarang suruh dia tampil ke
muka, dan biar dia merasa ~ dr tanganku sendiri.
|
Kamus Dewan Edisi Empat
|
Thursday, 29 September 2011
Penangan
Labels:
Penangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment